LanguageBahasa

HistorySejarah

The story of Tagunggu'Kisah Tagunggu'

Explore the tradition through four interconnected perspectives based on Cikgu Rosley’s educational research and an interview conducted by the TitikLab founder with Mahammod Bongsu, founder of Sulimbag Jawtee.Terokai tradisi ini melalui empat perspektif yang saling berkaitan berdasarkan kajian pendidikan Cikgu Rosley dan temu bual oleh pengasas TitikLab bersama Mahammod Bongsu, pengasas Sulimbag Jawtee.

Tagunggu' Bajau
Semporna, Sabah
01

The Bajau community represented here

In this context, Tagunggu' is associated specifically with Bajau cultural practitioners living in Semporna, Sabah, rather than with Bajau communities in general. The Tagunggu’ tradition is rooted in families that practise traditional healing rituals and beliefs such as mag’ombok, magduwata, and magsibandai. Tagunggu’ rhythms are a principal component of these ritual practices. Historically, not every Bajau community practised the same cultural rituals.

Today, Tagunggu' has developed as a musical practice among Bajau communities in Semporna, Sabah. It is performed more widely and has become a central foundation for performances such as igal or dance.

Knowledge of Tagunggu’ is passed from one generation to the next through oral transmission, observation, repetition, and performance experience within family and community practice, rather than through formal education.

02

What is Tagunggu'?

Tagunggu' is a traditional Bajau musical ensemble in Semporna, Sabah, comprising kulintangan (pot gongs), agung (large gongs), and tambul (drum).

Tagunggu' is commonly performed during customary ceremonies, celebrations, weddings, and Bajau community activities such as the Regatta Lepa Festival. In earlier times, the sound of the agung or gong was used to call the community together or signal an emergency such as a death. Tagunggu' was also commonly performed after a Qur’an completion ceremony as part of maglami-lami.

03

The role of the titik

A titik is a rhythmic form within the Tagunggu' repertoire. Different titik accompany different styles of igal dance and cultural settings. The five core titik documented here are Tabawan, Tarirai, Limbayan, Lellang, and Luvak-luvak.

Mahammod Bongsu estimated that more than 30 rhythmic forms may once have existed, including rhythms such as the Sunat titik and the Jawtee titik, but the total repertoire can no longer be traced.

04

Why preservation matters

Tagunggu' carries the legacy of Bajau communities whose cultural practices include mag’ombok, magduwata, and magsibandai. For tradition-bearers, continuing this legacy through future generations is essential.

Several challenges have been identified:

  • fewer young people are interested in learning and carrying the tradition forward;
  • fewer active practitioners are carrying the tradition forward.

Digitisation can document the music, terminology, and stories behind Tagunggu’ before they are lost to modernisation.

Digital materials should support, not replace, the practitioners and customary holders who sustain the Tagunggu' tradition.

Tagunggu' Bajau
Semporna, Sabah
01

Komuniti Bajau yang diketengahkan

Dalam konteks ini, Tagunggu' dikaitkan khusus dengan pengamal budaya Bajau yang menetap di Semporna, Sabah, dan bukan masyarakat Bajau secara umum. Tradisi Tagunggu’ berakar umbi daripada keluarga yang mengamalkan ritual penyembuhan tradisional dan kepercayaan seperti mag’ombok, magduwata dan magsibandai. Irama Tagunggu’ merupakan komponen utama dalam amalan ritual tersebut. Pada asalnya, tidak semua komuniti Bajau mengamalkan ritual budaya yang sama.

Namun kini, Tagunggu' berkembang sebagai amalan muzik bagi masyarakat Bajau di Semporna, Sabah. Ia mula dimainkan dengan lebih meluas dan menjadi tonggak utama yang membentuk asas persembahan seperti igal atau tarian.

Pengetahuan Tagunggu’ diwariskan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya melalui lisan, pemerhatian, pengulangan serta pengalaman persembahan dalam amalan keluarga dan komuniti, bukan melalui pembelajaran formal.

02

Apakah Tagunggu'?

Tagunggu' ialah ensembel muzik tradisional Bajau di Semporna, Sabah, yang terdiri daripada kulintangan (pot gongs), agung (gong besar) dan tambul (gendang).

Tagunggu' selalunya dimainkan dalam konteks upacara adat, perayaan, perkahwinan serta aktiviti kemasyarakatan masyarakat Bajau seperti Festival Regatta Lepa. Pada zaman dahulu, bunyi agung atau gong digunakan untuk memanggil masyarakat atau memberi isyarat kecemasan seperti kematian. Tagunggu' juga lazim dimainkan selepas majlis khatam al-Quran sebagai acara maglami-lami.

03

Peranan titik

Titik ialah bentuk rentak atau irama dalam repertoir Tagunggu'. Titik yang berbeza mengiringi gaya tarian igal dan keadaan budaya yang berbeza. Lima titik utama yang didokumentasikan ialah Tabawan, Tarirai, Limbayan, Lellang dan Luvak-luvak.

Mahammod Bongsu menganggarkan bahawa mungkin lebih daripada 30 bentuk rentak pernah wujud, termasuk irama seperti titik Sunat dan titik Jawtee, tetapi jumlah keseluruhan repertoir itu tidak lagi dapat dikesan.

04

Mengapa pemeliharaan penting

Tagunggu' membawa legasi komuniti Bajau yang amalan budayanya merangkumi mag’ombok, magduwata dan magsibandai. Bagi pemegang tradisi, legasi ini perlu diteruskan oleh generasi akan datang.

Beberapa cabaran telah dikenal pasti:

  • semakin kurang anak muda yang berminat mempelajari dan meneruskan tradisi;
  • semakin kurang penggiat aktif membawa tradisi ini ke hadapan

Pendigitalan dapat mendokumentasikan muzik, istilah dan cerita di sebalik Tagunggu’ sebelum ditelan arus kemodenan.

Bahan digital harus menyokong, bukan menggantikan, pengamal dan pemegang adat yang mengekalkan tradisi Tagunggu' ini.